
sejarah demi sejarah berlalu.. mungkin niat kau utk mengajar aku, tapi betulkah cara kau sayang?
kau yakin dengan cara mcm ni aku akan lebih belajar bukan makin menderita? sejarah hitam, 2 hari hitam masih segar kesakitannya dihati aku. mungkin ianya akan berdarah kembali dan makin parah lukanya. dimana letak ubatnya? dimana? tidak terdapat di farmasi,tidak terdapat di klinik dan tidak terdapat dihospital. tapi hanya pada kau sayang. kau.. kenape kau sering menaburkan janji yang tak mungkin kau akan laksanakan? kenape? hati aku terseksa bila kau memungkiri janji. yee, aku mula tidak berkorban, aku mula melawan. itu permintaan kau.. tapi bila aku mula melawan dan tidak berkorban, kau masih seperti dulu. kesalahan sentiasa berpihak pada aku. hanya pada aku semuanya kau letak. ya allah, aku bagai dihempas batu yang terlalu besar, tidak mampu aku menanggung nya... kenape aku diduga lagi? kenapa kau masih tidak memahami. apa yang aku lakukan untuk hubungan kita dengan harapan yang terbaik selepas ini. tetapi kau tidak mengerti maksudku. sakit aku, jatuh aku, luka aku, makan aku, minum aku, dua hari ni langsung tidak kau tahu. aku tidak akan memaafkan diri aku bila hubungan kita goyang seperti ini. dalam hati aku tidak berhenti melafazkan, "aku tidak sakit, malah aku lebih sayangkan kau achieq".. dalam hati aku sentiasa berkata "biarlah aku bergadai nyawa sekali pun, tapi aku xnak kehilangan kau dalam hidup aku achieq"
mungkin betul, cinta pengkid tidak bawa kemana2.. tapi allah maha adil, dia memahami hambanya.. seseorang yang telah banyak mengubah diri aku, seseorang yang telah banyak memberi kesedaran utk aku, tidak salah aku minta untuk hidup selamanya dengan diakan? mungkin takdir hubungan aku dengan die digoyangkan dengan pelbagai dugaan, tapi mungkin takdir juga untuk aku terus perjuangkan sayang aku, cinta aku dekat kau
SITI FAIRUZ ABD SYUKOR...